Sunday 22 October 2017

Patch Baru untuk Sistem ePelaporan Program j-QAF untuk kutipan Oktober 2017 Terkini

Sistem Patch baru Tarikh Kemaskini 23 Oktober 2017. Sila klik pada link di bawah:-

ePelaporan - 2310017 - 0545AM - Release 2017 - Patch8.4.7.zip

Langkah-Langkah perlu diikuti:-

1. Sila muat turun Patch terbaru Sistem e-Pelaporan seperti di atas.

2. Kemudian unzip fail tersebut dan letakkan di Desktop komputer masing-masing.

3. Untuk memulakan kerja sila Klik Dua kali pada fail bernama : ePelaporan - 2310017 - 0545AM - Release 2017 - Patch8.4.7.zip pada dekstop.

Sistem Analisis ePelaporan Bersepadu Program j-QAF

Analisis


Tapak Analisa Sistem ePelaporan j-QAF



1. Tapak analisa ini dalam bentuk format Microsoft Office Excel

2. Untuk analisa Jun dan Oktober.

3. Manual pengguna ada disediakan dalam bahan yang diedar.


Sila Klik pada link di bawah untuk muat turun.


Sistem Analisis ePelaporan Bersepadu Program j-QAF (Aliran Perdana)



Sistem Analisis ePelaporan Bersepadu Program j-QAF (Aliran Pendidikan Khas)


Peringatan Tambahan:

1. Pastikan Folder eksport analisis ditempatkan  dalam folder BPI tanpa ada perubahan pada nama folder tersebut. C:\BPI\.

2. Sekiranya data eksport analisis tidak berjaya dieksport ada beberapa kemungkinan


a) Maklumat "LOKASI" samada bandar @ luar bandar pada Kemaskini Maklumat Sekolah tidak diisi.

b) ataupun maklumat Kategori Murid Berkeperluan Khas pada profail murid tidak diisi dengan lengkap.

Garis Panduan Pelaksanaan Pengumpulan Sistem ePelaporan Kutipan Okt 2017

Garis Panduan Pelaksanaan Pengumpulan Sistem ePelaporan Kutipan Okt 2017 format pdf

Monday 7 August 2017

PEMBENTANGAN DIALOG PRESTASI PROGRAM j-QAF BERFOKUS MODEL KHATAM AL-QURAN DAN MODEL TASMIK DI SEKOLAH RENDAH KPM 2017

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Utk makluman semua GPI daerah Serian,  pihak Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak akan mengadakan satu Dialog Prestasi berfokus Al Quran dan Program j-QAF bersama dengann semua Guru Besar dan Ketua Panitia Pendidikan Islam bagi 47 buah sekolah rendah dalam Daerah Serian. Oleh itu sebagai persediaan, mohon semua Gpi utk menyediakan laporan pembentangan menggunakan tapak yg disediakan .Setiap sekolah WAJIB untnk menyediakan dan melengkapkan tapak tersebut kerana GB/KP  akan membentangkan di hadapan pihak JPNS. Mohon dimaklumkan kepada semua GPI.

Terima kasih.



Tuesday 7 March 2017

INSTRUMEN PEMANTAUAN PENDIDIKAN ISLAM & PROGRAM j-QAF

Assalamualaikum....
Mohon ketua panatia Pendidikan Islam untuk memuat turun instrumen pemantauan Pendidikan Islam dan Program j-QAF. Instrumen yang telah dimuat turun hendaklah dilengkap isi dan diserahkan kepada pegawai pemantau sekiranya ada pemantauan di sekolah tuan/puan. Terima Kasih...

Thursday 16 February 2017

Tapak Analisis Ujian Diagnostik dan Pos Jawi.

Assalamualaikum...

Berikut tapak analisis Ujian diagnostik dan pos Jawi. Semua GPI diminta untuk menghantar tapak yang telah diisi ke alamat emel upiserian@gmail.com




Monday 13 February 2017

SKEMA JAWAPAN UJIAN DIAGNOSTIK DAN RALAT SOALAN UJIAN POST KCJ 2017

Assalamualaikum...
Terdapat beberapa ralat pada soalan ujian post Kem Cemerlang Jawi 2017. Sehubungan itu, semua GPI negeri Sarawak dimohon untuk memuat turun pembetulan pada ralat tersebut di sini. Disertakan juga skema jawapan ujian diagnostic 2017. Sila berhubung dengan penyelia agama masing-masing untuk mendapatkan katalaluan. 
Harap maklum. Segala kesulitan amatlah dikesali.